ADA APA DENGAN MYVI INI SEBENARNYA!!! POWER SANGAT KE??
Kenapa Perodua ini terlalu laku sehinggakan mengatasi jualan jenama lain bahkan mengalahkan juga model jenama Perodua yang lain.
Perodua Myvi telah mencatatkan angka jualan paling tinggi nombor satu di Malaysia bagi setiap bulan serta setiap tahun, sangat menakjubkan.
Anda bayangkan, setiap lima kereta baru yang didaftarkan di JPJ, Satu ataupun dua unit pasti adalah Perodua Myvi seterusnya menjadikan Market share nya 20-25% pada pasaran Malaysia, 16 tahun pengeluaran, 3 generasi & lebih 1 juta unit atas jalanraya.
Ayuh kita kupas satu persatu antara faktor - faktor orang Malaysia membeli Perodua Myvi ini :-
Pertama : RUPA BENTUK YANG CANTIK & SAIZ PALING IDEAL
Perodua Myvi adalah kategori segmen B Hatchback yang mana sangat digemari oleh rakyat Malaysia, amatlah sesuai serta menepati citarasa pengguna dalam keadaan pemanduan harian mereka, saiz Myvi ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, malahan memiliki rupa/design yang menarik,moden juga kelihatan sporty.
Gabungan ini menjadikan ianya sesuai bagi lelaki sebab kelihatan sporty juga sesuai bagi perempuan kerana kelihatan comel juga. Jadi, Myvi ini sangat ideal tidak mengira jantina,bujang mahupun sudah berkahwin serta sesuai semua kategori peringkat umur.
Kedua : SANGAT PRAKTIKAL & RUANG DALAM MENCUKUPI
Jika dilihat dari luaran bagi Myvi ini sememangnya kelihatan tidak besar ataupun jika dibandingkan dengan model yang lain tetapi sebenarnya ia memiliki ruang dalam yang cukup untuk memberi keselesaan kepada pemandu & penumpang dalam perjalanan dekat mahupun jauh.
Hasil daripada kejuruteraan Perodua menjadikan ruang hadapan & ruang penumpang belakang cukup luas dari bahagian kaki hingga ke kepala.
Tambahan perkara lain bahagian dalaman yang menjadikan ianya praktikal seperti mempunyai TOLL-READER(smart tag) yang mana sangta memudahkan pengguna,berfungsi dengan sangat baik,sangat jarang berlaku sensor tidak detect melainkan peratusan penembusan cahaya tinted hadapan sangat kurang.
Tempat pengecas gadjet juga tersedia dari kilang bagi penumpang hadapan dan belakang.sangat genius menggunakan setiap ruang yang ada.untuk info lebih berkaitan spesifikasi dalaman Myvi,anda boleh klik sini untuk tambahan info.
Ketiga : Pemanduan & ciri keselamatan canggih
Perodua Myvi ini ditawarkan dalam dua variasi enjin iatu 1.3 & 1.5, menggunakan kotak gear D-CVT ( Dual mode CVT) yang mana gabungan antara belt cvt dan gear seterusnya mengeluarkan kuasa kuda sebanyak 102 hp serta 137 nm bagi daya kilas,dipacu pada roda hadapan.
Jadi, sudah cukup memadai bagi pengguna biasa mengendalikan Myvi di jalan raya secara harian, cukup daya kuasa yang diberikan untuk memotong misalnya bahkan boleh memecut dalam keadaan stabil, anda melihatnya sendiri di jalanraya macam mana karakter pemandu Myvi ini, terbukti di highway..huuhuu.
Sistem keselamatan juga telah ditambahbaik menjadikan Myvi ini kereta berharga bawah 60 ribu pertama memiliki ciri keselamatan bertaraf global yang selalunya ada pada kenderaan atas 150k. Anda boleh klik sini untuk artikel spesifik untuk sistem keselamatan terkini bagi Myvi.
keempat : RELIABILITY (kebolehpercayaan) & PENJIMATAN BAHAN API
Seperti anda sedia maklum yang Perodua membuat kereta dengan kerjasama dengan jenama Toyota dan Daihatsu, ini membuatkan kereta yang dihasilkan oleh jenama Perodua sangat dipercayai kerana kualiti nya setanding juag jenama import tetapi pada tanda harga marhaen.
Konsep yang sering diketengahkan adalah jenis tahan lasak, sangat kurang bermasalah & kerenah melainkan komponen yang wajib ditukar semasa servis sahaja. Ini kerana pelbagai kajian serta kerap diuji setiap komponen yang akan digunakan membuatkan jenama ini semua dipercayai, 10 tahun sebelum dilancarkan lagi sudah dibuat kaji selidik lagi.
Dengan penukaran sistem transmisi iaitu D-CVT, ujian telah dilakukan yang mana perjalanan maksimum boleh dapat 21.1 km bagi seliter petrol. Walau bagaimanapun, bergantung pada kaki individu sendiri ketika menekan pedal minyak. Akan tetapi penggunaan petrol tetap juga relevan penggunaaannya jika dibandingkan apabila dalam kelajuan yang sama.
Kelima : HARGA MARHAEN MAMPU MILIK
Harga Perodua Myvi ini ditawarkan bermula dari RM45,700 sehingga RM 58,800 harga tanpa insurans. Dengan segala kelebihan yang diberikan, ianya masih berbaloi untuk dimiliki, kos pemilikan yang rendah, segalanya berpatutan.
Sekiranya harga Myvi ini dijual pada harga seperti jenama yang lain sekalipun, Perodua Myvi ini masih mempuyai spesifikasi yang lebih berbanding yang lain dari segi aksesori luaran dan dalaman serta tahap keselamatannya.
Akhir kata, banyak lagi faktor - faktor lain yang membuatkan ramai pengguna nya di Malaysia ini terutamanya, yang pasti sangat sesuai untuk jadikan kereta harian sama ada sebagai kereta pertama ataupun kedua.