BUKAN SEKADAR KOMPAK
Skrol untuk ketahui lanjut
Skrol untuk ketahui lanjut
All product images are for illustration purpose only.
BEZZA Terbaik untuk anda
Perodua Bezza tampil lebih yakin dengan lampu hadapan LED yang terdapat pada semua varian dan bampar hadapan rekabentuk baharu.
Ia juga dilengkapi skirting sisi dwi-tona, yang juga terdapat pada semua varian, bersama dengan bampar belakang rekabentuk baharu dan rim aloi 10-jejari 15-inci (pada varian-varian 1.3 liter).
Dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey – menyertai empat warna yang sedia ada, iaitu lvory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.
Kombinasi meter beriluminasi putih menaikkan lagi gaya sudut dalaman, manakala sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sensor sisi hadapan turut terdapat pada varian 1.3 liter.
Semua varian didatangkan dengan cermin sisi berkuasa boleh laras dan sensor undur; varian AV pula menambah kamera undur dan cermin sisi yang boleh dilipat kawalan elektrik.
Gaya memukau, pemanduan ternyata menakjubkan.
Lampu Depan LED
Grill Depan & Bampar
Rim Aloi 15-inci Dua Tona
Cermin Sisi Boleh Lipat dengan Lampu Isyarat Membelok
Skirting Sisi Dua Tona Warna
Ruang dalaman yang luas untuk kenderaan kompak.
Kerusi Kulit Separa-lekuk
Akses Pintar dengan Kunci Pintar dan Butang Penghidup/Pemati Enjin
Panel Meter Gabungan (Dengan Pencahayaan Putih)
Sistem Multimedia dengan Navigasi dan ‘Smart Link’ (Untuk Android Sahaja)
Slot Telefon Bimbit dengan Port USB (Konsol Belakang)
Slot Simpanan Pelbagai Guna
Ruang Simpanan Bagasi 508L dan Jaring Bagasi
Ruang bawah untuk simpanan barang
Setiap pemanduan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan ciri teknologi pintar.
Direka untuk prestasi dan lebih kecekapan. Enjin EEV Perodua Bezza dicipta lebih kompak dan padat untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api, serta mengurangkan tahap getaran dan bunyi bising.
Memastikan keselamatan di dalam kenderaan dan di sekelilingnya.
Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.
ASA 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.
Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV.
“Dengan bahagian atas badan yang dibangunkan sepenuhnya oleh Perodua, Bezza merupakan sedan pertama kami dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2016. Setakat ini, sudah melebihi 184,000 unit telah dijual di Malaysia.
“Kami yakin Perodua Bezza yang lebih berani dan bijak ini akan terus digemari ramai dan sasaran jualan kami adalah sebanyak 5,000 unit sebulan secara purata.
SPESIFIKASI VARIAN PERODUA BEZZA
Lihat perbezaan setiap varian yang ditawarkan
JOM KE PAGE SETERUSNYA..Pada bahagian kedua, Saya akan menerangkan :
Cara Pembelian Secara Online..
Cara Booking Perodua Bezza ni..
Senarai Harga kereta Perodua Bezza ni..
Anggaran Bulanan Untuk Perodua Bezza ini..
Syarat Kelayakan Untuk Yang Ingin Memohon Pinjaman..
Tawaran Serta Promosi Terkini..
👇👇
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!