Hanya dengan mengemukakan dokumen yang lengkap daripada pihak anda, saya sudah boleh menjalankan semakan dan boleh terus untuk mengemukakan segala dokumen anda kepada pihak bank tanpa sebarang caj atau bayaran.
Ya, ianya secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa caj. Anda langsung tidak perlu mengeluarkan bayaran untuk sebarang semakan kelayakan anda.
Anda hanya perlu mengemukakan bayaran sekiranya anda telah bersetuju untuk menempah model dan juga warna pilihan kereta Perodua anda dengan hanya serendah RM100 kerana ini memang merupakan syarat wajib yang telah ditetapkan oleh Perodua untuk masa kini.
Kadar ‘interest‘ bank biasanya bergantung kepada sesebuah bank kerana lain bank, lain tatacara dan penerimaan kelayakannya.
semakin tinggi pinjaman, semakin berkuranglah ‘interest‘ yang akan dicaj oleh pihak bank dan ini adalah menjadi tugas saya untuk membantu anda bagi mendapatkan kadar ‘interest‘ yang terendah untuk pinjaman kereta anda.
Saya bersyukur dengan pengalaman kerja saya setakat ini, saya telah ditemukan dengan pegawai bank yang mesra, cekap, serta produktif.
Bagi kebiasaan serahan untuk dokumen lengkap pinjaman kereta yang dilakukan, saya akan meletakkan sekitar 1 hari hingga ke 5 hari waktu bekerja untuk mendapatkan keputusan kelulusan pinjaman.
Tempoh untuk kelulusan juga bergantung kepada situasi semasa pelanggan.
Saya tahu kes mana nak masuk application di bank mana. Bukan masuk main hentam tanpa merancang. Sebab lain bank lain requirements. Saya belajar dari jalan yang susah, langgar dinding bertahun - tahun untuk dapatkan strategi yang betul untuk memudahkan pelanggan mendapatkan kelulusan pinjaman.
Sebab itu, saya mahu bantu bakal pembeli seperti anda supaya anda juga boleh berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman bagi kereta Perodua ini.
Di sini saya akan cuba untuk membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk anda sewaktu urusan trade-in.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan hanya menghantar salinan geran kenderaan yang ingin anda trade-in dan saya akan beri anggaran harga kepada anda dengan hanya melalui whatsapp sebelum pihak yang bertanggungjawab akan melakukan proses pemeriksaan kereta anda yang mana seterusnya akan melalui proses bidaan.
Sekiranya anda bersetuju dengan harga yang dinyatakan, anda hanya perlu menunggu bayaran kereta yang telah anda trade-in masuk ke akaun anda tanpa anda perlu bersusah payah untuk ke Puspakom atau JPJ untuk urusan tukar hak milik dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan.
Jika kereta anda masih mempunyai baki pinjaman dengan bank, anda perlulah hadir bersama dengan pegawai kami untuk proses pertukaran nama dan juga penyelesaian hutang dengan bank.
Setelah selesai semua urusan, wang lebihan akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan boleh digunakan untuk membayar bayaran deposit kereta baru anda (sekiranya ada) dan seterusnya membawa pulang kereta baru anda sekiranya stock kereta baru anda telah tersedia
Jika anda ingin mendaftarkan nombor plat kereta baru anda mengikut negeri yang anda ingini, itu tidak menjadi masalah kerana anda boleh memilih mana-mana negeri untuk didaftarkan tanpa ada penambahan sebarang caj kecuali negeri-negeri seperti Langkawi, Labuan dan Putrajaya.
Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membeli nombor plat istimewa seperti nombor satu digit, dua digit, nombor berkembar, dan juga nombor-nombor istimewa yang lain, anda juga tidak perlu risau kerana syarikat kami juga mempunyai khidmat ‘runner’ yang bakal menjimatkan masa anda.
Untuk khidmat ‘runner’ yang digunakan, syarikat kami akan mengenakan bayaran tambahan bergantung kepada servis yang akan diberikan dengan imbalan ianya akan menjimatkan masa dan memberikan ketenangan kepada anda tanpa memerlukan anda untuk bersusah payah beratur menunggu giliran untuk membeli nombor kegemaran anda.
Salah satu kelebihan membeli kereta dengan Pengedar Sah Perodua ialah setiap pembelian kereta baru anda bakal disertakan sekali dengan Perodua Total Protect Plus.
Walaupun begitu, pakej ini hanya sah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian, dan jika selepas 12 bulan anda masih memilih untuk memperbaharui insurans dengan Pengedar Sah Perodua, pakej ini akan dilanjutkan dan saya tanpa segan silu akan membantu anda memperbaharui insurans anda tanpa memerlukan anda untuk datang ke bilik pameran.
Klik 'TEMPAH SEKARANG' seterusnya kita akan berbincang lebih lanjut di aplikasi Whatsapp untuk urusan tempahan, pinjaman & lain - lain lagi