SANGAT! SANGAT! SANGAT! SANGAT!
Ada sebab saya tak suka perkataan diatasDilema yang dihadapi peminat & bakal pembeli crossover SUV di Malaysia…Krisis paling dahsyat SANGAT…Antaranya:
‘Nak beli suv/crossover tak praktikal untuk kegunaan harian dan besar SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi mahal sangat…dahla mahal feature pun tak seberapa SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi kos penyelenggaraan tinggi SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi resale value & after sales warranty teruk SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi kos alat ganti melampau mahal SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi ketahanan tak setanding produk dari Jepun dan nampak kualitinya rendah SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover yang ada digital meter, dengan cvt transmission, autonomous safety dan turbo tapi harganya tak mampu milik SANGAT’
‘Nak beli suv/crossover tapi penggunaan minyaknya pun tinggi SANGAT’
SAYA ADA SOLUSI NAK ATASI DILEMA DIATAS
“Ada satu produk yang bebas dari dilema yang kerap menghantui peminat suv/crossover…”
TRUST ME..YOU’LL BE SURPRISED…YOU’LL BE AMAZED…
Siapa sangka?
Kereta Nasional sudah semakin maju. Dengan features yang lebih canggih, teknologi tinggi dan sangat praktikal dengan sikap dan penggunaan rakyat Malaysia.
Dengan features high end tapi tanda harga rakyat marhaen, pastinya SUV BAHARU PERODUA ATIVA ini sangat berbaloi untuk anda yang mahukan pengalaman dan perasaan seolah memandu kereta mahal dan canggih.
Inilah rekod Malaysia yang telah dipecahkan oleh Perodua Ativa ( SUV BAHARU PERODUA ) …
REKOD 1
Rekod kenderaan berenjin turbo paling mampu milik di Malaysia. Malah harganya jauh lebih rendah berbanding model asasnya di Jepun iaitu Toyota Raize & Rocky yang menghampiri RM90k. Lebih memeranjatkan kesemua model ini (Ativa, Raize & Rocky) hadir dengan spesifikasi yang sama!
REKOD 2
Rekod kenderaan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Dual Mode CVT yang dioperasikan dengan gabungan belt & gear dengan kos penukaran minyak transmisi CVT yang terbaik pada setiap 100k km berbanding CVT lain pada perbatuan 40k km
REKOD 3
Rekod kenderaan turbo & SUV paling jimat minyak di Malaysia pada kadar 18 km/l. Sekaligus dinobatkan kereta ber CC 1.0 turbo paling cekap penggunaan minyak
REKOD 4
Rekod kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem keselamatan autonomous tahap 2 (LKC, LKS, BSM, RCTA, ACC, ASA 3.0). Lebih memeranjatkan, kereta paling murah di Malaysia yang didatangkan dengan sistem yang sama selepas model Ativa berharga RM103k!
REKOD 5
Rekod kenderaan SUV dengan kos pemilikan (ownership cost) termurah di Malaysia dengan road tax serendah RM20 dan kos penyelenggaraan terjimat bagi sebuah kereta dalam segmen SUV. Kos servis Ativa sama seperti model Perodua yang lain. Ini bermakna, walaupun berenjin turbo tapi ‘TIADA KOS TAMBAHAN!’
REKOD 6
Rekod kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang didatangkan dengan digital meter dan 9 inci infotainment player
REKOD 7
Rekod kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang didatangkan dengan adaptive drive beam headlamp ‘ADB’ dan ‘electrostatic door handle’
REKOD 8
Rekod kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang didatangkan dengan manual shifting
Alamak..maaf…ingatkan 5 rekod..tak perasan terlajak sampai 8 rekod…
Berapakah harga yang ditawarkan bagi varian Ativa yang ada beserta anggaran bulanan?
Apakah ciri - ciri keselamatan baru yang ada pada Perodua Ativa?