Hubungi saya dengan klik butang whatsapp yang ada dan nyatakan varian Perodua yang mana anda inginkan.
Saya akan terangkan lebih terperinci berkaitan spesifikasi setiap varian yang ada agar dapat membantu anda membuat pilihan varian yang sesuai dengan keperluan harian anda.
Selepas itu, Anda hantarkan kepada Saya iaitu Kad Pengenalan, Email untuk didaftarkan nama anda ke dalam sistem Perodua.
Booking Fee bermula serendah RM 100 sahaja dan ianya Refundable ye, duit itu tidak hilang, sama ada menjadi bayaran duit muka nanti(jika ada) ataupun dipulangkan semula kepada anda sekiranya pembelian tidak diteruskan contohnya loan tidak lulus.
Selesai tempahan dibuat, anda akan dapat notifikasi melalui sms serta email untuk pengesahan yakni dalam Perodua Ufirst App.
Bagi yang ingin membuat pinjaman Bank, akan melalui fasa ini yang mana :
Hanya dengan mengemukakan satu bulan slipgaji anda, saya sudah boleh menjalankan semakan serta membuat kiraan komitmen anda (jika ada) dengan ditambah komitmen yang baru.
Sesudah itu,Anda hantar dokumen lengkap kepada saya untuk tujuan mendapatkan pinjaman bank.
Segala urusan berkaitan permohonan pinjaman anda dengan Bank ditanggung oleh saya, ianya percuma tanpa perlu membayar apa-apa caj. Anda langsung tidak perlu mengeluarkan bayaran tambahan lagi, Zero Processing Fee.
Apabila pinjaman diluluskan, saya akan terus dapatkan stok kereta untuk anda (sekiranya tersedia).
Sementara itu, saya akan aturkan urusan menandatangani perjanjian dengan bank-bank yang berdekatan dengan kediaman ataupun tempat kerja anda.
Apabila stok kereta telah tersedia, anda perlu menyelesaikan bayaran wang pendahuluan (jika ada) untuk urusan pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membeli nombor plat istimewa seperti nombor satu digit, dua digit, nombor berkembar, dan juga nombor-nombor istimewa yang lain, anda juga tidak perlu risau kerana syarikat kami juga mempunyai khidmat ‘runner’ yang bakal menjimatkan masa anda.
Akhir sekali, saya akan aturkan penghantaran kereta Perodua baru anda di pusat jualan atau terus ke depan pintu rumah anda. Penyerahan kereta lama juga boleh dilakukan pada waktu yang sama jika ada trade in. Amat mudah kan?